
PETALING JAYA: Krisis Umno dijangka menjejaskan prestasi kerajaan perpaduan menjelang pilihan raya negeri, ramal penganalisis.
Ia susulan pemecatan beberapa pemimpin Umno, termasuk bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas ketua Umno Selangor, Noh Omar, pada Jumaat.
Mereka dipecat kerana melanggar disiplin parti pada PRU15, menurut Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.
Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein pula digantung enam tahun, selepas didakwa menjadi “watak utama” membawa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri selepas PRU15.

Tindakan itu dilakukan memandangkan tiada satu gabungan pun berjaya mendapatkan majoriti membentuk…