

Kritikan terbuka DAP terhadap cara kerajaan mengendalikan tuduhan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertujuan untuk menjauhkan parti itu daripada persepsi bahawa ia hanya ‘pak turut’ dalam pentadbiran Madani, kata seorang penganalisis.
Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, parti itu berhasrat untuk menegaskan kemandirian, walaupun sebagai komponen utama dalam kerajaan perpaduan.
Beliau berkata DAP secara sedar sedang berusaha mengelak daripada dipalit dengan ‘tadbir urus gaya Umno’, yang mana MCA dan MIC dikatakan sekadar memerhatikan dakwaan-dakwaan rasuah semasa pentadbiran Barisan Nasional.
“Jika DAP berdiam diri, ia berisiko dilihat sebagai bersubahat dan lemah, atau lebih teruk lagi, diserap ke dalam tadbir urus gaya Umno yang mengutamakan kerajaan berbanding kepentingan awam.

“DAP…