“Mereka mendakwa sebagai anggota polis sebelum mengarahkan dia turun dari kenderaan.”
Demikian pendedahan seorang pemandu e-hailing yang sepatutnya membawa Pamela Ling Yueh, 42, ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 9 April lalu, sebelum wanita itu didakwa dilarikan oleh beberapa individu yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Menurut saksi dikenali sebagai Kok, 50-an, kesemua individu terbabit berpakaian menyerupai seragam polis, manakala seorang daripadanya memakai vest bertulis ‘Polis’.
“Ketika dalam perjalanan, tiga buah kereta muncul dan mengepung kenderaan saya dari arah depan, belakang dan sisi.
“Tiga lelaki keluar dari kenderaan tersebut, menghampiri saya dan memaklumkan bahawa penumpang saya akan ditahan bagi membantu siasatan berdasarkan satu laporan polis,” katanya.
Jelasnya lagi, pada mulanya Pamela enggan keluar dari kenderaan, menyebabkan seorang wanita berseragam cuba menariknya keluar…