
PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia akan bantu sekumpulan warga Bangladesh yang menurut polis dibawa masuk secara sah tetapi tidak diberi pekerjaan selama beberapa bulan.
Menteri Steven Sim memaklumkan kementerian akan memanggil agensi yang membawa mereka masuk dan majikan yang tertera pada dokumentasi mereka untuk siasatan lanjut minggu ini.
“Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bersalah,” katanya ketika dihubungi FMT.
Kementerian juga akan membantu warga Bangladesh terbabit mendapatkan pekerjaan.
“Tindakan ini dilaksanakan atas dasar kemanusiaan memandangkan perkara ini sebenarnya di luar bidang kuasa kementerian.”
Terdahulu, dilaporkan polis menahan 171 warga Bangladesh di Pengerang, Johor yang berjalan beramai-ramai untuk membuat laporan polis bahawa mereka…