

Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) memohon maaf susulan kelewatan petugas membuka pintu masuk Stesen Anak Bukit, Alor Setar pagi tadi, hingga menyebabka penumpang terpaksa memanjat pagar untuk menaiki tren.
Dalam satu kenyataan, KTMB berkata stesen tersebut sepatutnya mula beroperasi pada 5.30 pagi namun atas faktor kesihatan seorang kakitangannya menyebabkan pintu masuk ke stesen itu lewat dibuka.
“Setelah dimaklumkan pada kira-kira 5.55 pagi bahawa pintu masuk stesen masih belum dibuka, pegawai bertugas telah cuba menghubungi kakitangan berkenaan namun tidak berjaya.
“Tindakan segera kemudiannya diambil dengan mengarahkan seorang kerani kaunter dari stesen berhampiran yang dijadualkan bertugas pada 7 pagi untuk hadir lebih awal ke Stesen Anak Bukit,” kata kenyataan itu.
Katanya, kerani berkenaan tiba…