Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Rani Hisham berkata kesesakan lalu lintas pasti berlaku pada musim perayaan dan cuti panjang.
“Dengan adanya perkhidmatan tren khas ini, kami berharap dapat membantu mengurangkan kesesakan jalan raya serta memberikan perjalanan yang lebih selesa, terutama untuk warga emas dan kanak-kanak,” katanya.
Tren khas ini akan memulakan perjalanan dari Stesen KL Sentral dan akan berhenti di tujuh stesen iaitu Tanjung Malim, Kampar, Batu Gajah, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping dan Bukit Mertajam, sebelum tiba di Stesen Butterworth.
