
KUALA LUMPUR: Bedah siasat tidak temui unsur penderaan pada bangkai kucing yang ditemui di Universiti Malaya (UM), dalam empat kes yang dilaporkan kepada polis pada Disember.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Azry Akmar Ayob, berkata bedah siasat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan bahawa punca kematian empat ekor kucing, yang dilaporkan kepada polis pada 17, 20, 21 dan 25 Dis, adalah disebabkan oleh gigitan haiwan liar.
Manakala bagi kes yang dilaporkan kepada polis semalam, bangkai kucing terbabit telah diserahkan kepada DVS untuk bedah siasat.
“Bagi laporan yang diterima pada 2 Jan 2025, polis membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan (KK),” katanya pada sidang media di IPK Kuala Lumpur, yang turut disertai Pengarah Bahagian Regulatori DVS, Dr Mohd Razli Abdul Razak.
Seksyen 428 KK…