
KUALA LUMPUR: Seekor kuda mati selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam, Selayang, kira-kira 6.30 pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berumur 54 tahun itu dalam perjalanan dari arah Antara Gapi menghala ke Sri Gombak.
“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu menyedari seekor kuda berada di laluannya dan tidak sempat mengelak hingga menyebabkan berlaku kemalangan.
“Pemandu Ford Ranger bersama penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan manakala kuda itu mati di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” katanya dalam…