Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kudrat manusia di sebalik dentingan jam Bangunan Sultan Abdul Samad

today19 September 2026

Background


Muhammad Kamarul Azman
Muhammad Kamarul Azman (kiri), Roshdihisham Hassan (tengah) dan L Kumarasamy (kanan) mewarisi amanah menjaga jam di Bangunan Sultan Abdul Samad.
KUALA LUMPUR:

Jam di Bangunan Sultan Abdul Samad setia mencatat waktu sejak mula berdetik 129 tahun lalu.

Barangkali masyarakat pun mengharapkan jam di bangunan terbina pada 1897 itu terus berdetik, walaupun bukan sebagai perakam waktu, sebaliknya sebagai saksi sejarah yang setia.

Tiga individu menyambung usaha penjaga sebelum ini dalam memastikan jam mekanikal itu terus berdetik. Hanya sekali jam ini terhenti, iaitu ketika serangan udara tentera Jepun pada 1941.

Muhammad Kamalrul Azman, L Kumarasamy, dan Rosdihisham Hassan menggalas amanah diberikan kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) dalam memastikan jam terus berdetik — memeriksa, membersihkan, mengengkol dan melincirkannya sepanjang tahun.

“Setiap petang lepas waktu pejabat, kita datang setiap hari untuk buat penguncian jam dan memastikan masanya tepat,” katanya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Fatin Ahmad Darji


Previous post

Sukan

Alonso kecewa Chelsea tak konsisten 90 minit

London: Pengendali Chelsea, Xabi Alonso mengakui pasukannya dihukum kerana gagal mengekalkan tahap permainan diperlukan untuk bersaing dengan Brentford sepanjang 90 minit, sambil menegaskan dia tidak mahu mencari alasan atas kekalahan itu.

today19 September 2026