Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kugiran Masdo Ajak Siti Nurhaliza Berkolaborasi

today28 May 2024

Background

Kugiran Masdo meluahkan hasrat untuk berkolaborasi dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi ciapan di X (dahulu dikenali sebagai Twitter), Masdo menyuarakan hasrat tersebut apabila sebuah akaun carta muzik memaklumkan bahawa Siti Nurhaliza dan Masdo terikat sebagai artis Malaysia dengan lagu terbanyak melepasi 10 juta stream di Spotify.

Gembira dengan pencapaian tersebut, Masdo tampil membalas ciapan tersebut dengan mengajak Siti Nurhaliza untuk berkolaborasi bersama.

“Dato’ jom collab @CTNurhaliza11 ,” ciap Masdo ringkas.

Siti Nurhaliza

Menjengah ke ruangan balas ciapan kumpulan yang popular dengan lagu Inilah JalanNya itu, rata-rata peminat kedua-dua figura penyanyi itu menyambut baik hasrat Masdo tersebut.

Malah, ramai juga mengharapkan ada buah tangan istimewa Masdo bersama pelantun lagu Kau Kekasihku itu kelak.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Written by: Salma