
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan membawa isu pembinaan kuil tidak sah di tanahnya ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, dan Tao (Limas) Negeri Selangor.
UKM dalam kenyataan, menyebut mahu perkara itu diselesaikan secara tuntas memandangkan perkara itu memerlukan pendekatan berhati-hati serta berperingkat tanpa mengambil tindakan agresif atau tergesa-gesa.
“Pihak UKM akan terus memantau perkembangan serta bergantung kepada tindakan pihak berkuasa yang berkenaan untuk langkah seterusnya.
“UKM menyeru semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan atau ketegangan sesama komuniti,” katanya menurut kenyataan itu.
UKM mengulas demikian susulan keprihatinan masyarakat berkait isu tular mengenai pembinaan kuil di kawasannya.
Bagi mencari penyelesaian, UKM…