Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kula Segaran berkata projek itu asalnya dinilai RM500 juta, bukan RM654 juta ketika beliau menjadi menteri sumber manusia.

PETALING JAYA: Bekas menteri sumber manusia, M Kula Segaran menuntut penjelasan berhubung peningkatan kos RM154 juta bagi pembinaan projek Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybernics Kebangsaan Perkeso, selepas diberikan secara runding terus.
Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata, kebenaran meneruskan projek itu melalui rundingan terus oleh lembaga Perkeso atas alasan “menjimatkan masa” mencetuskan persoalan.
Beliau mendakwa, projek dianugerahkan dalam kaedah seperti itu boleh menimbulkan elemen rasuah susulan membabitkan sejumlah besar wang.
Menurut Kula, ketika beliau menerajui Kementerian Sumber Manusia pada 2018 bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), projek itu dinilai…