Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kulit Paha Bakal Bantu Tutup Kesan Lecur Pada Badan Faisal Halim

today16 May 2024

Background

Susulan insiden yang menimpa pemain tonggak Selangor FC, Faisal Halim baru-baru ini, Ketua Perubatan Sukan Selangor, Dr Muhammad Hazwan khair memaklumkan, bakal melakukan pembedahan keempat terhadap pemain itu.

Katanya memetik laporan Harian Metro, kulit paha Faisal bakal dijadikan korban sebelum menjalani proses ‘split skin graft’ (SSG) di mana kulit di bahagian paha atau pinggulnya diambil untuk menutup kesan lecur akibat simbahan asid sulfurik pekat pada badannya.

“Itu (pemilihan bahagian kulit) bergantung kepada pemeriksaan pakar bedah nanti. Banyak perkara perlu diambil kira antaranya kawasan kulit yang mana yang lebih sesuai dan sihat, jadi ia diputuskan oleh pakar sendiri.

“Cuma kalau kita tengok daripada segi prosedur, selalunya diambil daripada bahagian paha. Tetapi dalam hal ini, kita serahkan pada pakar,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:”Sedih Lihat Keadaan Dia” – Faisal Halim Kritikal, Disahkan Alami Melecur Tahap 4

ARTIKEL BERKAITAN:Β Sasar Muka Faisal Halim Namun Sempat Dielak, Dua Individu Ucap β€˜Good Luck’ Sebelum Simbah Asid

Dalam perkembangan lain, Faisal kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembanganyang memberangsangkan.

Sekadar info, ‘Split Skin Graft (SSG) adalah proses di mana kulit normal dan sihat ‘dicukur’ dengan nipis dan bahagian tersebut digunakan bagi menutup kawasan kulit yang sudah rosak ataupun tidak boleh pulih susulan kecederaan seperti luka kebakaran ataupun abnormaliti.

Terdahulu, Faisal Halim dilaporkan mengalami kesan lecur tahap empat dimana beberapa anggota badannya terjejas akibat kesan lecur selepas disimbah asid oleh dua individu yang tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di Damansara pada 5 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Simbah Asid Pemain Bola Sepak, Netizen Bengang… Sempat Luah Rasa Simpati Buat Faisal Halim – “Saya Kutuk Sekeras-Kerasnya Kejadian Ni”

ARTIKEL BERKAITAN:Tubuh Faisal Halim Dibalut Seperti Mumia… Sempat Kirim Salam Pada Kawan-KawanΒ 

 

Sumber: Harian Metro

Written by: Salma


Previous post