Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kumpulan antara agama gesa tindakan ke atas 2 lelaki didakwa sebar agama kepada umat Islam

today24 February 2025

Background


sebar ajaran mormon
Satu video tular menunjukkan penduduk mengarahkan dua lelaki yang didakwa pergi dari rumah ke rumah untuk menyebarkan kepercayaan mereka supaya meninggalkan rumah pangsa itu.

PETALING JAYA: Sebuah kumpulan antara agama menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap dua warga asing didakwa pergi dari rumah ke rumah di sebuah blok flat program perumahan rakyat (PPR) untuk menyebarkan agama mereka kepada umat Islam.

Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) berkata jika benar dakwaan itu, kedua-duanya perlu diusir dan dilarang memasuki Malaysia.

Presiden Tan Hoe Chieow berkata ini kes kedua dalam tempoh kira-kira dua bulan membabitkan warga asing menyebarkan agama mereka di khalayak ramai.

“Kami sentiasa membantah individu pergi rumah ke rumah untuk menyebarkan agama mereka. Ini tidak sepatutnya berlaku di Malaysia.

“Tindakan tegas perlu diambil pihak berkuasa, khasnya polis kerana apa yang mereka lakukan menimbulkan rasa tidak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nicholas Chung


Previous post