
PETALING JAYA: Tindakan polis trafik mengenakan tindakan advokasi terhadap 21 remaja antara 14 hingga 17 tahun dengan memberi denda ketuk ketampi antara kaedah memberi kesedaran memahami undang-undang jalan raya.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Mohd Zamsuri Mohd Isa, berkata mereka sebenarnya boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah-kaedah Lalu Lintas (Kaedah 42) – sekatan ke atas penunggang basikal, termasuk dikenakan tindakan sita.
Katanya, semasa sekatan jalan raya di Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur, semalam, kumpulan remaja itu dikesan melakukan kesalahan menunggang basikal tidak mempunyai brek, loceng, lampu, dan menunggang secara bersaing dan membahayakan.
“Seorang pegawai kanan JSPT KL bersama seorang pegawai JPJ mengambil tindakan dengan memberi amaran dan…