Mogok Doktor Malaysia mula menerima laporan ancaman, termasuk mempersenda solidariti ‘tahi kucing’ doktor kontrak didakwa diterima dari doktor pakar.

PETALING JAYA: Mogok Doktor Malaysia mengecam apa jua ugutan terhadap doktor kontrak yang mahu menyertai bantahan bermula esok, selain bersedia membuat laporan polis besar-besaran berhubung ancaman itu.
Dalam hantaran Instagram, kumpulan itu mendakwa menerima tangkap layar dari doktor pakar memperlekehkan solidariti ‘tahi kucing’ doktor kontrak bermogok.
Tangkap layar itu juga menyatakan tindakan mogok dengan mengambil cuti sakit secara “main-main” menjejaskan perkhidmatan kepada pesakit, selain perbuatan sedemikian akan dilaporkan kepada pihak tertinggi.
“Pihak kami akan membuat laporan polis di seluruh negara terhadap mana-mana doktor pakar yang terlibat dalam kes…