
PETALING JAYA: Lawyers for Liberty (LFL) menyelar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki kerana menafikan dakwaan dua peguam bahawa mereka diganggu badan antirasuah itu dan didakwa membuat tuduhan palsu terhadap seorang daripadanya.
“Azam mendakwa peguam Lai Chee Hoe disiasat atas tuduhan ‘penyelewengan’ dan salah guna kuasa dalam peranannya sebagai bekas pengerusi jawatankuasa pengurusan bersama (JMB), yang menjadi subjek siasatan SPRM,” kata Pengarah LFL, Zaid Malek dalam kenyataan.
Bagaimanapun, Zaid berkata Lai tidak pernah menjadi pengerusi atau ahli JMB berkenaan.
“Lai hanya bertindak sebagai peguam untuk JMB pada masa itu”.
“Beliau dengan pantas menafikan salah laku di pihak SPRM, (tetapi) ketua pesuruhjaya gagal untuk memastikan fakta sebenar…