
PETALING JAYA: Sekumpulan NGO menggesa Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen ditambahbaik agar Parlimen benar-benar mempunyai kuasa dan bebas daripada pengaruh badan eksekutif.
Mereka menggesa penambahbaikan dalam lima aspek iaitu kepimpinan, autonomi pentadbiran, autonomi kewangan, perkhidmatan kepada Ahli Parlimen, dan kebertanggungjawaban kepada rakyat.
Kumpulan itu menggariskan 11 penambahbaikan penting, termasuk perwakilan Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP), autonomi kewangan untuk MPP, dan penubuhan suatu pejabat belanjawan Parlimen.
“Jika rang undang-undang ini diluluskan, Parlimen masih akan berada di bawah pengaruh kuat eksekutif serta tidak mempunyai sumber dan kuasa yang mencukupi untuk menjalankan semakan dan imbangan serta menghasilkan undang-undang dan dasar…
