Hot FM

Kumpulan NGO gesa menteri henti ‘tutup mulut’ mangsa penderaan kanak-kanak



Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad boleh mengakibatkan kurangnya kes penderaan dilaporkan, kata Kumpulan Tindakan Bersama untuk Kesaksamaan Gender. (Gambar Freepik)

PETALING JAYA: Kumpulan Tindakan Bersama untuk Kesaksamaan Gender (JAG) mengecam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad kerana cuba “menutup mulut” seorang pelakon remaja yang mendakwa dia dicabul bapanya ketika kecil.

Idris dilaporkan berkata, remaja berusia 15 tahun itu tidak sepatutnya mendedahkan pengalamannya kepada umum dalam temu bual podcast baru-baru ini, dengan menyatakan dia sepatutnya melaporkan kejadian itu kepada polis bagi mengelak memalukan keluarganya atau merosakkan reputasi bapanya.

Menyifatkan respons Idris itu sebagai “tidak boleh diterima”, JAG berkata ia adalah “cerminan menjengkelkan mengenai normalisasi” keganasan yang dialami wanita dan gadis di rumah.

“Kenyataan sebegitu memalukan mangsa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version