
PETALING JAYA: Kumpulan perniagaan membantah cadangan supaya kerajaan mewajibkan semua majikan memberikan bonus sebulan sebagai bantuan perayaan kepada pekerja, sambil memberi amaran bahawa langkah itu akan memberi beban kewangan besar kepada majikan.
Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Syed Hussain Syed Husman, berkata ia akan memberi beban besar bagi perniagaan yang masih belum pulih daripada pandemik Covid-19.
“Perniagaan hari ini hanya bertahan,” katanya kepada FMT.
“Perusahaan kecil dan sederhana serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana menyumbang 95% daripada semua perniagaan (di Malaysia) dan mereka memerlukan masa untuk membina semula aliran tunai dan sumber mereka.
“Orang yang membuat cadangan ini mesti memahami bahawa perniagaan bukan bank.”
Syed Hussain juga berkata adalah penting bagi perniagaan untuk mematuhi jadual yang…