
KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang mendakwa waris Kumpulan Sulu tidak bersetuju tindakan sekumpulan individu membawa pertikaian Sulu ke Mahkamah Sepanyol kerana mereka bukan waris sah.
Datu Omar Ali Datu Bachtiyal, 64, berpandangan tindakan sekumpulan individu itu membawa pertikaian dan proses timbang tara ke Mahkamah Sepanyol juga adalah tidak betul dan tidak sah.
“Pendapat saya tidak sah sebab kita tahu (fakta waris) ini bercampur, dan kalau kita kaji betul-betul (status mereka) diragui jadi ini (status) tidak benar pada saya,” katanya menurut Bernama.
Datu Omar Ali turut mempertikaikan keturunan individu membuat tuntutan terbabit iaitu Taj Mahal Kiram-Tarsum Nuqui yang mendakwa dirinya waris kepada Dayang Dayang Piandao, seorang puteri dan antara pentadbir Kesultanan Sulu pada 1936.
Menurutnya, perkara…