Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kunjungan pesawah ubah ke Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

today26 January 2025

Background


Persatuan pesawah kata surat-menyurat dan makluman berkenaan kunjungan pesawah telah lama dihantar. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Penganjur suatu kunjungan oleh pesawah ke Putrajaya mengubah lokasi acara ke Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), ekoran lawatan presiden Indonesia esok.

Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) menegaskan bahawa peserta yang terdiri daripada pesawah tidak datang untuk membuat huru-hara, lebih lagi ketika kedatangan tetamu negara.

“Lokasi kunjungan dan sidang media diubah ke KPKM. Pada tarikh dan waktu yang sama,” katanya dalam kenyataan.

“10 orang wakil-wakil negeri akan tetap ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk penyerahan memorandum dengan kawalan polis.”

Sementara itu, Pesawah berkata pihaknya kesal maklumat berkenaan lawatan Prabowo Subianto tidak dimaklumkan awal kepadanya oleh PMO dan polis.

“Sedangkan urusan surat-menyurat dan makluman berkenaan kunjungan Pesawah ini telah lama dihantar,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post