Site icon Hot FM

‘Kuota’ cuti umum Kedah dah habis, kata Sanusi


Menolak gesaan agar Thaipusam dijadikan cuti umum tahunan di Kedah, menteri besar itu berkata, cuti terlalu banyak tidak disenangi pemain industri.

Menteri Besar Kedah Sanusi Nor sebelum ini mengumumkan 25 Jan sebagai cuti peristiwa sempena Hari Thaipusam bagi negeri itu.

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Sanusi Nor menolak cadangan agar Hari Thaipusam dijadikan cuti umum tahunan di negeri itu.

Sebagai respons kepada gesaan oleh Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Sanusi berkata, “kuota” cuti umum tahunan untuk Kedah “sudah habis”.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan lebih lanjut tentang kuota cuti umum Kedah dan siapa yang menentukannya, sekadar menegaskan ia sudah mencapai “maksimum”.

“Industri marah cuti banyak-banyak. Negeri lain banyak yang tak cuti pun sempena Thaipusam,” tambahnya.

Semalam, Timbalan Presiden MIPP S Subramaniam menggesa Kedah menetapkan Hari Thaipusam sebagai cuti umum tahunan selepas Sanusi mengumumkan 25 Jan sebagai cuti peristiwa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version