Azmil Tayeb berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu masuk campur, namun James Chin berkata lebih baik pemimpin lain kekal berdiam diri.

PETALING JAYA: Perbalahan antara komponen membentuk kerajaan perpaduan diketuai Anwar Ibrahim menunjukkan kekurangan agenda bersama, selain gagal berkomunikasi, kata penganalisis politik.
Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia berkata, parti berkenaan sama ada tidak berkomunikasi antara satu sama lain atau sudah menggunakan semua laluan kompromi sehingga “menjurus satu-satunya laluan terakhir adalah dengan bercakap secara umum”.
“Jelas parti terbabit tidak berkongsi agenda sama melangkaui pertelingkahan sejak sekian lama antara mereka,” katanya merujuk kepada hubungan antara DAP dan Umno dan MCA.
Beliau percaya Anwar Ibrahim perlu masuk…