
PETALING JAYA: Program pelepasan banduan secara berlesen (PBSL) menerusi tahanan di rumah kepada banduan tiada kena mengena dengan usaha membebaskan Najib Razak, kata menteri dalam negeri.
Saifuddin Nasution Ismail berkata, cadangan itu adalah inisiatif kerajaan dalam mengurangkan kesesakan di 43 penjara seluruh negara.
Beliau menyanggah “naratif nakal” dimainkan segelintir media konon hendak meletakkan bekas perdana menteri itu bawah tahanan di rumah.
“Punyalah nakal sampai tidak boleh tengok perspektif kurangkan kesesakan penjara khususnya untuk kategori tertentu. Ada panel menilainya bagi jenis kesalahan yang kami cadangkan, hanya mereka dijatuhkan hukuman penjara kurang empat tahun.
“Kalau dikenakan penjara hingga 20 tahun, penjenayah tegar takkan senang-senang beri ‘home detention’, itu akan mengancam masyarakat.
“Jadi apabila kita umumkan,…