Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Kurang wajar’ Hadi komen bagi pihak Umno, kata Shahril

today31 December 2021

Background



Shahril Hamdan berharap kepimpinan PAS menghormati ‘decorum’ dalam hubungan antara parti dan mengelak dari membuat komen bagi pihak Umno.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno menegur Abdul Hadi Awang susulan kenyataannya mendakwa majoriti anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno cenderung supaya dua parti itu terus bekerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN).

Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan menyifatkan kenyataan Hadi itu sebagai “tidak wajar”.

“Sepertimana tidak wajar saya mengajar PAS tentang hal dalaman PAS, saya berharap kepimpinan PAS juga menghormati ‘decorum’ dalam hubungan antara parti dan mengelak dari membuat komen bagi pihak Umno,” katanya.

Hadi terdahulu dipetik memberikan “nasihat” agar ahli Umno mengikut keputusan dibuat MKT dan bukannya pandangan pemimpin di peringkat bahagian.

Bagaimanapun, Shahril berkata sama ada majoriti MKT menyokong sesuatu adalah rahsia dalaman mesyuarat yang tidak wajar diiklankan atau disahkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post