Hot FM

Kurung warga China, 3 lelaki ditahan


Hasbullah Abd Rahman
Mangsa dikatakan dikurung selepas enggan mengikut kata tiga suspek berkenaan, menurut Ketua Polis Daerah Manjung Hasbullah Abd Rahman. (Gambar Facebook)
IPOH:

Tiga lelaki iaitu seorang warga Jepun dan dua warga Taiwan ditahan selepas disyaki terlibat mengurung seorang lelaki warga China secara salah di sebuah rumah di Seri Manjung, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima aduan daripada mangsa berusia 21 tahun itu menerusi aplikasi WhatsApp kira-kira 10.30 malam yang memaklumkan telah dikurung di dalam rumah terbabit.

Beliau berkata sepasukan polis telah ke lokasi itu kira-kira 12.15 tengah malam tadi dan menahan ketiga-tiga suspek berusia antara 21 hingga 33 tahun.

“Mangsa yang disyaki dikurung secara salah turut diselamatkan manakala siasatan awal mendapati motif suspek berbuat demikian kerana mangsa enggan mengikut kata-kata suspek.

“Mangsa tidak mengenali ketiga-tiga suspek,” katanya dalam kenyataan.

Hasbullah berkata kesemua…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version