

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) mengumumkan pembiayaan kos rendah sehingga RM5 bilion kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi memacu pertumbuhan dan transformasi.
Menteri Steven Sim Chee Keong berkata pembiayaan itu yang ditawarkan pada kadar serendah 3% hingga 5% adalah untuk memperkasa operasi berteknologi tinggi, ekonomi hijau dan peralihan, automasi serta pendigitalan, selain merangsang sektor pelancongan.
“Dana ini akan disalurkan melalui semua bank berlesen, institusi kewangan yang ditetapkan dan institusi kewangan pembangunan, termasuk Bank Rakyat dan SME Bank di bawah kementerian saya.
“Saya menyeru PKS di Pulau Pinang termasuk jenama warisan untuk memanfaatkan kemudahan ini dan kempen oleh kerajaan bagi memperkasa perniagaan supaya kita bukan sahaja mampu bertahan untuk 50 hingga 100 tahun akan datang, malah…