

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) akan melancarkan sebuah portal sehenti pada hujung bulan ini bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mendapatkan geran kerajaan yang tersedia untuk mereka.
Menterinya, Steven Sim berkata, kerajaan telah memperuntukkan dana RM60 bilion untuk PMKS, termasuk RM50 bilion di bawah Belanjawan 2026 serta tambahan RM10 bilion yang diumumkan bulan lepas, bagi membantu syarikat yang terjejas akibat konflik Timur Tengah.
Bagaimanapun, Sim berkata, perniagaan kecil sukar mencari saluran yang betul bagi memohon geran-geran ini kerana ia berada di bawah pelbagai kementerian dan sehingga 60 agensi kerajaan.
“Mungkin ada sesetengah maklum balas yang kita dapat (daripada peniaga kecil), mereka tak tahu nak cari kat mana, ada sumber apa, ada dasar apa, ada program apa,” katanya kepada…