Hot FM

Kutipan LVG tahun lalu lebih RM476 juta, kata menteri kewangan


Kerajaan memperkenalkan cukai barangan bernilai rendah bermula 1 Jan 2024.

PETALING JAYA: Dewan Rakyat diberitahu RM476.1 juta dikutip menerusi cukai barangan bernilai rendah (LVG) tahun lalu.

Menteri Kewangan Anwar Ibrahim berkata LVG yang diperkenalkan pada 1 Jan 2024 adalah cukai jualan ke atas barang diimport dari luar negara berharga tidak melebihi RM500 dan dijual peniaga secara dalam talian.

Menurutnya, barangan itu dihantar melalui perkhidmatan kurier udara kepada pembeli di Malaysia dan perluasan skop cukai di bawah Akta Cukai Jualan 2018.

“LVG telah dikuatkuasakan bermula 1 Jan 2024 dan sehingga kini sejumlah 63 penjual daripada 15 negara telah berdaftar.

“Bagi 2024, kutipan hasil yang diperoleh daripada LVG sebanyak RM476.1 juta,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Anwar yang juga perdana menteri menjawab soalan Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang memintanya menyatakan jumlah kutipan cukai baharu seperti LVG, cukai perkhidmatan digital (DST) serta cukai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version