Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kutipan Mat Kilau Cecah RM90 Juta, Syamsul Yusof Tak Setuju Undang-Undang Perfileman

today26 July 2022

Background

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan pengarah berkaliber Syamsul Yusof berjaya mencipta sejarah apabila hasil kutipan terkini di Malaysia mencecah RM90 juta, sekaligus mendahului Munafik 2 dan Avengers: Endgame!

Menurut Syamsul, filem tersebut tidak akan berhasil sekiranya dia mengikut undang-undang dan peraturan dalam bidang perfileman.

Syamsul berkata demikian menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya dan ia telah meraih perhatian orang ramai.

β€œSejarah atau rekod tercipta lagi. Filem No 1 dlm carta box office 5 WEEKS IN A ROW. Ini tak pernah berlaku.

β€œFilem abang tak sempurna kalau ikut “laws & rules of film making”.

β€œI break all the rules just to please all of you Malaysian audience,” katanya.

Syamsul dalam masa yang sama mengakui tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan untuk menghasilkan sebuah filem kerana mempercayai seni itu indah.

β€œIn fact, siapa yg buat laws in film making? Maaf bertanya, siapa ya? Saya tak setuju. Seni itu indah & amat subjektif pada semua,” ujarnya.

Sebagai seorang pengarah dan penerbit filem, Syamsul memberitahu dia banyak mengikut gerak hati berbanding buku.

Percaya seniman tersohor, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee juga melakukan perkara yang sama, Syamsul akan mengikut gerak hati sendiri berbanding buku.

β€œAbang tak pandai. Tapi film makers should follow their HEART, not the BOOK. Dan abang percaya, Allahyarham P Ramlee juga begitu di mana dia berkarya mengikut Hati seni nya. Jadi, kita belajar apa yg mampu dari beliau. Al-Fatihah,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Written by: Aqilah