Site icon Hot FM

Kutipan tol bagi pelawat Genting Highlands tak lama lagi


Jurucakap Lingkaran Cekap berkata Genting Malaysia menyelenggara jalan di tanah tinggi itu sejak membinanya pada pertengahan 1960-an.

PETALING JAYA: Kutipan tol akan dikenakan kepada pemandu ke Genting Highlands tidak lama lagi, menurut jurucakap syarikat mengendalikan jalan di tanah tinggi itu.

Baru-baru ini, gambar pemasangan sebuah struktur di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya tular, dengan warganet membuat spekulasi ia mungkin plaza tol.

Sin Chew Daily memetik jurucakap Lingkaran Cekap Sdn Bhd, berkata syarikat terbabit akan mengendalikan tol itu, dengan pemandu hanya dikenakan bayaran ketika naik ke Genting Highlands, bukan semasa turun dari tanah tinggi.

Tetapi, jurucakap itu tidak dapat mengesahkan bila dan kadar tol yang akan dikenakan.

Katanya, Genting Malaysia Bhd menyelenggara jalan di tanah tinggi itu sejak membinanya pada pertengahan 1960-an.

“Lingkaran Cekap bertanggungjawab terhadap jalan di Genting, termasuk menyelenggara cerun, tanah runtuh, membersihkan pokok…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version