
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini, mengingatkan sebarang kemelesetan kepercayaan terhadapnya berkemungkinan boleh menyebabkan pengeluaran caruman secara besar-besaran yang memberi impak negatif terhadap pasaran modal negara.
Ketika menyuarakan kebimbangan itu, dana persaraan tersebut, berkata ini berikutan sehingga kini terdapat lebih RM270 bilion simpanan yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa oleh ahli yang mencapai usia melebihi 55 atau 60 tahun serta mereka yang mempunyai simpanan lebih RM1 juta.
“Adalah dibimbangi bahawa kemelesetan kepercayaan terhadap KWSP akan memaksa golongan ahli ini mengeluarkan simpanan mereka dengan banyak dan memberi impak negatif terhadap pasaran…