
PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen 6.1% bagi simpanan konvensional dan pada 5.65% bagi simpanan syariah untuk tahun kewangan 2021.
KWSP dalam satu kenyataan berkata, ia melibatkan agihan RM50.45 bilion bagi simpanan konvensional dan RM6.27 bilion bagi simpanan syariah menjadikan jumlah agihan terkumpul bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM56.72 bilion.
Angka itu meningkat berbanding 5.2% bagi simpanan konvensional dan 4.9% bagi simpanan syariah pada 2020, masing-masing melibatkan agihan RM42.88 bilion dan RM4.76 bilion ketika itu.
Pengerusinya Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, KWSP telah berjaya kekal stabil dan berdaya tahan untuk tahun 2021, sebahagiannya adalah kerana mempunyai kedudukan portfolio yang kukuh dan pelaburan yang pelbagai di…