Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF) mengumumkan tonggak utama, Kylian Mbappe disahkan mengalami kecederaan patah hidung selepas berlanggar dengan pemain Austria pada aksi Euro 2024 awal pagi tadi.
Bagaimanapun, ia tidak menghalang Perancis mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Austria. Jaringan tunggal itu berlaku tujuh minit sebelum separuh masa pertama berakhir apabila Woeber secara tidak sengaja menanduk masuk bola hantaran Kylian Mbappe ke dalam gawangnya…
