Site icon Hot FM

Ladang getah perlu 80,000 pekerja, kata menteri


Johari Ghani berkata, sejak sedekad lalu trend pengeluaran produk getah menurun akibat kekurangan tenaga kerja, kos pengeluaran tinggi, dan saiz pegangan kebun tidak ekonomik. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Kira-kira 80,000 pekerja diperlukan dalam sektor perladangan getah bagi menampung keperluan di kira-kira 420,000 hektar ladang getah milik pekebun kecil, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Ghani.

“Ada kira-kira 420,000 hektar ladang getah yang tak boleh ditoreh sebab tak ada pekerja, jadi ini adalah satu isu.

“Kalau ikut perkiraan, satu setengah hektar memerlukan seorang pekerja. Jadi, kita perlukan antara 70,000 dan 80,000 pekerja,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Pada 29 Dis, Johari dilaporkan berkata negara telah kehilangan sebanyak RM2.3 bilion nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) susulan 420,000 hektar ladang getah milik pekebun kecil tidak diusahakan kerana kekurangan sumber tenaga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version