
BUTTERWORTH: Kira-kira 120,000 pengguna di Pulau Pinang bakal mengalami gangguan bekalan air untuk memberi laluan kepada kerja lencongan paip pecah di dasar Sungai Perai, kata Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow.
Beliau berkata, pengguna di daerah barat daya akan terjejas dengan gangguan bekalan air yang belum ditentukan tarikhnya.
Paip pecah itu membekalkan air terawat dari Butterworth ke sekurang-kurangnya separuh daripada pengguna di pulau itu. Sejak dua bulan lalu, paip itu sudah pecah tiga kali selepas pembaikan.
Chow berkata, kerja lencongan paip sedang dijalankan dan paip itu dialihkan atas sungai buat sementara waktu.
“Gangguan bekalan air akan datang tidak sebesar skala sebelum ini kerana ia hanya akan mengambil 16 jam untuk disiapkan (lencongan itu).
“Bekalan air akan pulih dalam masa kurang sehari,” katanya ketika meninjau kerja lencongan dekat Ampang Jajar.
BERITA LANJUT MENYUSUL