Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Lagi Kes Buli Dilaporkan, Pelatih Tahun Satu UPNM Alami Retak Tulang Rusuk & Belakang

today11 November 2024

Background


Menerusi laporan daripada Berita Harian, kejadian dilaporkan pada 21 Oktober lalu, sehari sebelum seorang pelajar tahun dua universiti berkenaan ditekap seterika oleh pelajar tahun empat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, ketika kejadian mangsa sedang berada di tepi padang kawad setelah selesai sesi panggil nama.

“Mangsa berusia 19 tahun dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak oleh seorang pelatih tahun tiga.

Akibat daripada kejadian itu, mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital berikutan kecederaan yang dialami.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

“Laporan polis berhubung kejadian ini diterima jam 8.40 malam Jumaat lalu di UPNM Kem Sungai Besi.

“Kes masih di peringkat siasatan dan pihak polis menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan dilengkapkan,” katanya.

Pada Khamis lalu, seorang pelajar tahun empat dituduh di Mahkamah Kuala…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Sukan

Baru dua bulan, Juric dipecat Roma

Milan: Roma memecat Ivan Juric, kurang dari dua bulan selepas melantiknya untuk menggantikan Daniele De Rossi, apabila kelab Serie A itu terus terjerumus ke dalam krisis selepas kekalahan 2-3 di tempat sendiri kepada Bologna awal pagi tadi.

today11 November 2024