Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid, berkata kenyataan Hadi Awang berunsur perkauman yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keharmonian.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid, menyertai rakan DAP membuat laporan polis terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, berkenaan dakwaannya berkait bukan Melayu.
Semalam, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, membuat laporan polis terhadap Hadi di Balai Polis Kepong, menggesa pihak berkuasa menyiasat kenyataan Hadi bawah pelbagai peruntukan undang-undang.
Syerleena memberitahu FMT, beliau membuat laporan polis sekitar 1 tengah hari tadi, di Balai Polis Jalan Patani di George Town, Pulau Pinang.
“Saya mohon pihak polis menyiasat Hadi yang telah berulang kali membuat kenyataan-kenyataan semberono seperti ini yang berbaur perkauman,” katanya.
Pengerusi DAP, Lim…