Menerusi hantaran di media sosial The Royal Family, difahamkan, lagu ikonik itu berada dalam senarai lagu kegemaran baginda sempena sambutan Hari Negara-Negara Komanwel.
“Saya ingin berkongsi dengan anda lagu-lagu yang telah membawa kebahagiaan dalam hidup saya. Lagu-lagu ini merangkumi pelbagai gaya dan budaya yang berbeza.
“Namun, seperti keluarga negara-negara Komanwel yang makmur, mereka, dalam cara yang tersendiri, berkongsi kecintaan yang sama terhadap kehidupan, dalam segala keindahan dan keharmonian beragama,” ujar Raja Charles III.