Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Lagu Hits Whitney Houston Bakal Bergema Dalam Konsert Tribute Bersama MPO

today27 September 2023

Background

Buat julung kalinya, Orkestra Filharmonik Malaysia atau Malaysia Filharmonik Orchestra (MPO) bakal mengadakan konsert β€˜tribute’ bintang penyanyi antarabangsa popular, Whitney Houston.

Konsert istimewa ini bakal menyaksikan gabungan hebat MPO bersama muzik pop dan elemen klasikal yang dijadualkan berlangsung pada 14 Oktorber, 8:30 malam di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pernah muncul di pentas Broadway seperti Beautiful: The Carole King Musical, Sister Act, Hair dan Avenue Q, bintang Rashidra Scott bakal menyanyikan lagu-lagi hits legasi Whitney Houston dan diiringi oleh konduktor muzik Brent Havens.

Selain ikut serta di Broadway, Rashidra juga adalah penyanyi latar bagi bintang Patti Austin dan merupakan penyanyi utama bagi Disney Cruise Line dan Tarzan Rocks! di Disney Animal Kingdom, Amerika Syarikat.

Untuk konsert istimewa bersama MPO ini, Rashidra dijangka akan menyanyikan beberapa lagu malar segar Whitney seperti I Will Always Love You, Run To You, Saving All My Love For You, How Will I Know dan Greatest Love Of All.

Tiket-tiket boleh dibeli secara atas talian di myticket.asia atau www.mpo.com.mystery

Written by: Aqilah


Previous post