Bencana Tsunami yang melanda Selat Sunda, Indonesia Sabtu lalu telah mengorbankan tiga penyanyi kumpulan Indonesia, Seventeen serta isteri vokalisnya, Ifan iaitu Dylan Sahara.

Kejadian yang berlaku sewaktu mereka sedang membuat persembahan itu menyentuh hati netizen apabila lagu berjudul Kemarin nyanyian Ifan bagai dituju pada diri sendiri.
Lagu Kemarin dicipta oleh salah seorang anggota kumpulan itu bernama Herman, yang turut terkorban dan mengisahkan tentang seseorang yang kehilangan kekasih untuk selama-lamanya.
Lirik Kemarin
Kemarin engkau Masih ada disini
Bersamaku Menikmati rasa ini
Berharap semua Takkan pernah berakhir
Bersamamu Bersamamu
Kemarin Dunia terlihat sangat indah
Dan denganmu Merasakan ini semua
Melewati hitam Putih hidup ini
Bersamamu Bersamamu
Kini Sendiri disini
Mencarimu Tak tahu dimana
Semoga tenang Kau disana
Selamanya
Aku Slalu mengingatmu
Doakan mu Setiap malamku
Semoga tenang Kau disana
Selamanya
Kini Sendiri disini
Mencarimu Tak tahu dimana
Semoga tenang Kau disana
Selamanya
Aku Slalu mengingatmu
Doakan mu Setiap malamku
Semoga tenang Kau disana
Selamanya.
Dalam pada itu, lagu ini juga menjadi perbualan netizen di media sosial apabila memperkatakan perkara yang sama dan mereka turut bersimpati terhadap kejadian malang yang menimpa kumpulan berkenaan.
Ahli kumpulan Seventeen yang terkorban ialah Herman (gitaris), Bani (bes), Andi (dram), pengurus mereka, Oki Wijaya dan seorang kru iaitu Ujang.
Manakala individu yang terselamat hanya vokalis kumpulan itu, Ifan apabila dia sempat berpaut pada kotak ketika tsunami melanda.