Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Lagu Mengusung Rindu Kalah Dengan Lagu Aliff Syukri, Tajul Sedih

today18 August 2022

Background

Lagu dangdut, Baby Sayang nyanyian duet usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan penyanyi, Baby Shima mendapat trending nombor satu di YouTube.

Menerusi perkongsian Aliff Syukri di Instagram, dia meluahkan rasa gembira apabila lagunya mendapat sambutan orang ramai.

β€œSaya buat lagu ni bukan untuk glamor tapi saya nak menghiburkan rakyat Malaysia dan akhirnya bakat saya dihargai. Terima kasih saya betul-betul happy,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)


Hasil tinjaun Xtra, lagu Baby Sayang masih kekal di tangga pertama dan turut mengatasi muzik video Blackpink.

Meninjau diruangan komen, Tajul turut meninggalkan komen meluahkan rasa β€˜sedih’ lagunya, Mengusung Rindu duet bersama Haqiem Rusli, Afieq Shazwan dan Zack Zakwan telah dikalahkan oleh Baby Sayang.

β€œAlaaa MENGUSUNG RINDU dah turun trending nombor 2 ke? Hmm,” tulis Tajul.

Namun, rata-rata pengikutnya terhibur dengan komen yang dibuat dan memberitahu lagunya tetap nombor satu di hati mereka.

β€œMENGUSUNG RINDU NO1 DI HATI KAMI SENTIASA.

β€œJangan risau Tajul.. Tajul adalah penyanyi sebenar.

β€œTak la. Still trending no. 1 lagu Baby Sayang ni tak masuk music trending pun, just Youtube trending je,” komen netizen.

Written by: Aqilah


Previous post