

Lagu raya antara elemen penting memeriahkan sambutan Aidilftri dan melodi klasik menggamit nostalgia dendangan legenda muzik tanah air turut menjadi simbol penyatuan pelbagai generasi.
Selepas berdekad, irama tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas tetap berkumandang di corong radio, pusat beli-belah dan rumah terbuka, yang turut menjadi siulan ramai, tidak kira muda atau tua.
Ikon seperti P Ramlee, Saloma dan Sudirman Arshad meninggalkan warisan muzik bukan sekadar hiburan, tetapi sebahagian daripada identiti budaya Malaysia.
Faktor lagu klasik kekal popular
Bagi pengarah muzik, Raja Farouk Raja Zaini Ismail, daya tarikan lagu ini bermula dengan gubahan muzik, contohnya banyak lagu Ramlee mempunyai melodi mudah diingati, susunannya tampak ringkas, tetapi di sebalik itu terselit perincian luar biasa.
“Apabila…