Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Lagu Ziha Salleh Tewaskan Siti Nurhaliza, Wany Hasrita, Noraniza Idris – “Mesti Ada Pertikaian Netizen”

today12 September 2022

Background

Penyanyi dan pelakon Ziha Salleh, 27, tidak menjangkakan kemenangan di Anugerah Industri Muzik ke-23 yang berlangsung malam tadi.

Meraih trofi Lagu Pop Etnik Terbaik menerusi lagu Adat Kasih, Ziha berjaya menewaskan empat calon lain seperti Anakanda nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kucuma (nyanyian Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah), Intan Payung (Bunga menampilkan Noraniza Idris) dan Sang Purnama (Wany Hasrita dan Wani Syaz).

“Bila saya tercalon, saya tak harap akan menang kerana yang tersenarai semuanya hebat-hebat belaka. Saya hanya menyampaikan lagu ciptaan Aubrey Suwito dan Tinta ini dengan sehabis baik.

“Saya terkejut dan bersyukur, tak sangka boleh meraih trofi ini dan menewaskan calon-calon lain yang sangat berbakat. Selama tujuh tahun dalam industri seni, ini merupakan kemunculan semula saya dalam bidang muzik.

“Dulu saya pernah menyertai program realiti nyanyian di salah sebuah stesen televisyen berbayar pada 2014. Selepas itu, saya banyak berlakon dan lagu ini menjadi ‘comeback’ untuk saya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I H A S A L L E H (@zihasalleh)

Bersedia untuk menghadapi kritikan dan pertikaian netizen apabila berjaya menewaskan calon-calon prolifik, Ziha memandang perkara ini dari sudut positif.

“Saya dah lalui pelbagai perkara sepanjang lebih tujuh tahun bekerja dalam industri, mesti ada pertikaian netizen. Saya nak dengar apa kata netizen dan mungkin akan saya ambil sebagai pengajaran. Apa yang baik saya teruskan, apa yang kurang baik akan saya baiki.

“Sebenarnya, lagu ini saya dedikasikan kepada ibu bapa saya. Saya membesar di Johor Bahru dan merupakan seorang penari zapin. Bapa saya pun gemarkan lagu genre tradisional. Insya-Allah, selepas ini saya akan teruskan usaha untuk keluar dengan karya yang irama Malaysia dan etnik kreatif,” katanya lagi.

Selain kategori Lagu Pop Etnik Terbaik, Ziha turut membawa pulang trofi Kulit Single / Album terbaik menewaskan Salammusik (Borak), Amylea (Kendati), Razak A’ai (Radio) dan Dayang Nurfaizah (Belagu).

Written by: Salma


Previous post