PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan tujuh warga Filipina terhadap hukuman mati dikenakan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong menerusi pencerobohan di Lahad Datu, 11 tahun lalu.
Panel tiga hakim bersidang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, sebulat suara menolak permohonan mereka hari ini.
Permohonan itu dikemukakan Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 60, yang merupakan anak saudara Jamalul Kiram yang mengakui dirinya Sultan Sulu dan enam individu lain iaitu Atik Hussin Abu Bakar, 52; Basad H Manuel, 49; Virgilio Nemar Patulada, 59; Al Wazir Osman, 68; Tani Lahad Dahi, 70; dan Julham Rashid, 75.
Mereka memohon hukuman mati itu diganti dengan hukuman penjara berikutan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang berkuat kuasa pada 4 Julai 2023.
Di bawah undang-undang…