Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Lain Macam Aura Suami Isteri Ni” – Video MK K-Clique Bersama Suri Hati Curi Perhatian

today26 June 2023

Background

Sejak mendirikan rumah tangga baru-baru ini, penyanyi rap MK K-Clique bersama isterinya, Siti Hajaar acap kali menjadi tumpuan dalam kalangan peminat di media sosial.

Menerusi perkongsian di TikTok, MK dilihat sedang bermesraan sambil menyuap makanan yang dimasak kepada isterinya.

Video tersebut adalah sebuah iklan untuk mempromosikan produk makanan terkenal.

@pakmatwestern Special betul Mk pada Wife #sitihajaar #mkkclique ♬ original sound – pakmatwesterncafe

Hantaran tersebut meraih pelbagai respons daripada warganet yang rata-ratanya suka melihat dua pasangan sejoli ini.

Malah, ramai yang memuji kecantikkan Siti Hajaar yang tiada tandingan.

“Aku ni jarang nak puji perempuan, sebab aku pun perempuan tapi isteri MK ni memang aku suka tengok cantik bethol. Cantik betul lah isteri MK ni.

“Kelakar juga eh si MK ni. Cutenyawife dia punya senyum tu. Lain macam aura suami isteri ni. Isteri dia bibir pucat pun lawa,”
tulis netizen.

Written by: Aqilah


Previous post