Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Lakonkan Semula Kejadian, Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Rumah

today10 June 2024

Background

Ibu kepada kanak-kanak autisme yang mati dipercayai dibunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin dibawa ke kediaman mereka di Damansara Damai di sini, dipercayai bagi melakonkan semula kejadian.

Menurut laporan Harian Metro, wartawan yang berada di lokasi mendapati suspek tiba kira-kira jam 10.15 pagi menaiki van putih menuju ke blok R di kediaman terbabit.

Difahamkan, suspek akan dibawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemukan iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman, bagi melakonkan semula kejadian.

Anggota polis turut dilihat membawa patung kanak-kanak, namun belum pasti tujuan kegunaan patung berkenaan.

Jumaat lalu, Mahkamah Majistret membenarkan permohonan sambung reman selama enam hari terhadap ibu bapa kepada Zayn Rayyan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan akan memohon untuk menyambung reman kedua ibu bapa Zayn Rayyan bagi meneruskan siasatan.

Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Β Kes Zayn Rayyan: Keterangan Tak Selari Antara Punca Reman Ibu Bapa Disambung 6 Hari Lagi

ARTIKEL BERKAITAN:Β Situasi Di Luar Mahkamah Kecoh, Bapa Zayn Rayyan Sempat Jerit β€œSaya Dianiaya, Ini Semua Fitnah”

ARTIKEL BERKAITAN:Β Ibu Bapa Arwah Adik Zayn Rayyan Diberkas

ARTIKEL BERKAITAN:Β Kes Zayn Rayyan: Atas Faktor Tertentu, Peguam Ibu Bapa Mangsa Tarik Diri

ARTIKEL BERKAITAN:Β β€œSemoga Hidup Pelaku Tak Tenteram Setiap Saat” – Bapa Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN:Β β€œBila Tengok Video Lama, Rasa Macam Tak Percaya Betul Ke Anak Aku Dah Pergi” – Ibu Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN:Β β€œJumpa Lagi Ya Abang, Mommy Rindu Sangat… Maafkan Mommy” – Ibu Zayn Rayyan

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Written by: Aqilah


Previous post