Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lakshamanan Krishnan insan yang melihat bakat sebelum ia bersinar

today27 September 2026

Background


Lakshamanan Krishnan melalui lebih satu abad perubahan, daripada era awal studio filem Melayu hingga perkembangan industri kreatif moden Malaysia. (Gambar Jarunee Rukmini)
PETALING JAYA:

P Ramlee cukup gementar ketika menjalani uji bakat di studio Shaw Brothers di Jalan Ampas, Singapura, hingga dialog mudah “Apa khabar Inche Bakar?” pun tersasul.

Disebabkan terlalu gugup, pelakon yang nama betulnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh menyebut: “Apa bakar Inche Khabar?”

Lakshmanan Krishnan cukup gemar mengulang kisah itu.

Dia juga suka mengenang tanggapan pertamanya terhadap Ramlee — seorang pemuda yang disifatkannya sebagai ‘tidak begitu kacak dengan wajah penuh parut jerawat’.

Jika kata-kata itu datang daripada orang lain, mungkin kedengarannya agak kasar. Tetapi daripada Krishnan, yang kemudian menyaksikan Ramlee muncul sebagai antara tokoh paling penting dalam sejarah perfileman Melayu, ia lebih kepada gurauan penuh kasih.

Dia mengenali lelaki itu sebelum lahirnya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Frankie D’Cruz


Previous post

Sukan

Ireland tetap perlu buat perhitungan dengan Israel

Debrecen, Hungary: Ireland akan bermain dalam perlawanan Liga Negara-Negara menentang Israel awal pagi esok, selepas satu undian dijalankan dalam skuad berkenaan sama ada untuk meneruskan perlawanan itu atau tidak, kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bola Sepak Ireland (FAI), David Courell kelmarin.

today27 September 2026