Site icon Hot FM

Lalida, Taruhan Terbaru Akim & The Majistret

Selepas kejayaan lagu Rampas yang telah merai lebih 5 juta tontonan, Akim & The Majistret kini tampil dengan buah tangan baharu berjudul Ladida.

Lagu ciptaan Bunga Cantik, Hang Nadim & LAQ ini telah dilancarkan pada 22 April lalu dan boleh didengari menerusi semua platform digital

Akim & The Majistret - Ladida [Official Lyric Video]

Bagaimanapun, baharu sahaja dimuat naik kurang dari sebulan, video berkenaan sudah ditonton lebih 40,000 kali.

Akim & The Majistret menerusi laman Instagram rasmi mereka turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong karya seni mereka dari dulu hingga kini dan berharap agar sokongan berkenaan terus diberikan.

Exit mobile version